STPM : Serekat Islam
Serekat Islam
Soalan : Bincangkan peranan Serekat Islam di Indonesia dalam gerakan nasionalisme sehingga tahun 1920-an
Pendahuluan
- Pada tahun 1909, R.M. Trijoadisurjo telah menubuhkan Serekat Dagang Islam.
- Tujuan asal Serekat Dagang Islam adalah untuk melindungi kepentingan perdagangan batik Islam supaya mereka dapat bersaing dengan pedagan batik Cina
- Agama islam menjadi alat penyatuan, persefahaman dan persaudaraan dalam kalangan pedagan batuk di Jawa.
- Pada tahun 1912, nama Serekat Dagang Islam ditukar kepada Serekat Islam dan Omar Said Tjokroaminoto menjadi presidennya.
- Keanggotaan serekat Islam meningkat daripada 12,000 orang pada tahun 1913 kepada 800,000 orang pada tahun 1916.
- Serekat Islam memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Indonesia sehingga tahun 1920-an. Peranan ini boleh dilihat dari tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial.
Isi 1 (aspek politik)
- Mulai tahun 1916, Serekat islam menunjukkan perjuangan politik secara terbuka.
- Serekat Islam merupakan parti pertama yang memperjuangkan tuntutan berkerajaan sendiri daripada Belanda.
- Serekat Islam mendesak Belanda membentuk Majlis Daerah dan memberikan kuasa yang lebih luas kepada volksraad supaya menjadi badan perwakilan yang mempunyai kuasa legislatif
- Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, Serekat Islam menuntut hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan bagi majlis-majlis lain, hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 21 tahun ke atas. Serekat Islam juga menuntut taraf berkerajaan sendiri kepada Indonesia
- Oleh itu, jelaslah bahawa Serekat Islam telah memainkan peranan yang penting dalam menaikkan semangat nasionalisme di Indonesia
Isi 2 (ekonomi)
- Serekat Islam mendesak kerajaan Belanda memiliknegarakan industri-industri penting seperti besi, tekstil, kertas, pengangkutan dan elektrik.
- Serekat Islam menuntut supaya dihapuskan buruh kanak-kanak dan buruh paksa
- Mereka menuntut agar Belanda mengadakan lebih banyak klinik yang memberikan rawatan percuma kepada rakyat Indonesia.
- Pada tahun 1918, Serekat Islam mendesak Belanda menetapkan gaji minima dan tempoh masa maksima bekerja bagi pekerja.
- Mereka mendesak Belanda membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali air
- Ringkasnya, Serekat Islam mendesak penjajah Belanda supaya mengubah keadaan ekonomi yang kurang memuaskan. Secara tidak langsung ia telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan
Isi 3(sosial)
- Akhirnya, peranan Islam dalam menggerakkan semangat nasionalisme dapat dilihat dalam aspek sosial
- Matlamat asal Serekat Islam ialah untuk mempertahankan agama Islam yang mula tergugat kerana penyebaran agama Kristian oleh pihak Belanda
- Perjuangan Serekat Islam yang bertunjangkan agama Islam menyebabkan gerakan ini digeruni oleh pihak Belanda.
- Serekat Islam menuntut Undang-undang yang menghalang perkembangan agama Islam dibatalkan
- Mereka mahukan hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari cuti dan pemberian gaji tetap kepada kiyai(golongan agama) dan penghulu
- Dalam bidang pendidikan, Serekat Islam mendesak Belanda menghapuskan diskriminasi terhadap kemasukan pelajar-pelajar ke sekolah.
- Mereka meminta pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun ke bawah
- Kerajaan Belanda didesak supaya mengadakan lebih banyak biasiswa untuk membolehkan pelajar Indonesia menuntut di luar negara.
- Mereka juga menuntut institusi pendidikan Islam diberi subsidi dan Maktab Undang-undang dan Maktab Perubatan dinaik taraf sebagai universiti
- Jelaslah bahawa desakan Serekat Islam membaiki keadaan sosial di Indonesia sedikit sebanyak telah menyedarkan masyarakat tentang kekejaman penjajah dan seterusnya membangkitkan semangat nasionalisme sehingga tahun 1920-an.
Kesimpulan
- Serekat Islam telag memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia
- Walau bagaimanapun, pada tahun 1920-an, serekat Islam mulai merosot dan tidak lagi efektif kerana gerakan nasionalisme diambil alih oleh golongan nasionalisme sekular.
Ulasan
Catat Ulasan