Catatan

STPM : Serekat Islam

Serekat Islam Soalan : Bincangkan peranan Serekat Islam di Indonesia dalam gerakan nasionalisme sehingga tahun 1920-an Pendahuluan Pada tahun 1909, R.M. Trijoadisurjo telah menubuhkan Serekat Dagang Islam.  Tujuan asal Serekat Dagang Islam adalah untuk melindungi kepentingan perdagangan batik Islam supaya mereka dapat bersaing dengan pedagan batik Cina Agama islam menjadi alat penyatuan, persefahaman dan persaudaraan dalam kalangan pedagan batuk di Jawa.  Pada tahun 1912, nama Serekat Dagang Islam ditukar kepada Serekat Islam dan Omar Said Tjokroaminoto menjadi presidennya. Keanggotaan serekat Islam meningkat daripada 12,000 orang pada tahun 1913 kepada 800,000 orang pada tahun 1916. Serekat Islam memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Indonesia sehingga tahun 1920-an. Peranan ini boleh dilihat dari tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial.  Isi 1 (aspek politik)  Mulai tahun 1916, Serekat islam menunjukkan perjuangan politik s...

STPM : Undang-undang 99 Perak

Undang-undang 99 Perak Soalan : undang-undang 99 perak berjaya mengharmonikan kehidupan masyarakat melayu di tanah melayu pada abad ke 19. Bincangkan.  Pendahuluan Undang-undang 99 perak merupakan undang-undang yang tertua di Perak. Undang -Undang ini berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat Melayu yang dikanunkan pada tahun 1867 dan dikuatkuasakan pada 1890. Undang-undang ini telah dibawa oleh Syed Hassan Jaafar dari Hadramaut dan disalin semula oleh Syed Jaafar Syed Yunus. Undang-undang 99 perak mengandungi 99 hukuman bagi 99 jenis kesalahan. Oleh hal yang demikian,  dengan adanya undang-undang ini telah berjaya mengharmonikan masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada abad ke 19 melalui isi kandungan yang terdiri dari aspek pemerintahan, pembunuhan,  penzinaan,  pembahagian harta, dan lain-lain.  Isi 1 Undang -undang 99 perak berjaya mengharmonikan masyarakat Melayu di Tanah Melayu melalui aspek pemerintahan Dalam fasal 77 menjelas...