STPM : Undang-undang 99 Perak

Undang-undang 99 Perak

Soalan : undang-undang 99 perak berjaya mengharmonikan kehidupan masyarakat melayu di tanah melayu pada abad ke 19. Bincangkan. 

Pendahuluan
Undang-undang 99 perak merupakan undang-undang yang tertua di Perak. Undang -Undang ini berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat Melayu yang dikanunkan pada tahun 1867 dan dikuatkuasakan pada 1890. Undang-undang ini telah dibawa oleh Syed Hassan Jaafar dari Hadramaut dan disalin semula oleh Syed Jaafar Syed Yunus. Undang-undang 99 perak mengandungi 99 hukuman bagi 99 jenis kesalahan. Oleh hal yang demikian,  dengan adanya undang-undang ini telah berjaya mengharmonikan masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada abad ke 19 melalui isi kandungan yang terdiri dari aspek pemerintahan, pembunuhan,  penzinaan,  pembahagian harta, dan lain-lain. 

Isi 1
Undang -undang 99 perak berjaya mengharmonikan masyarakat Melayu di Tanah Melayu melalui aspek pemerintahan
Dalam fasal 77 menjelaskan jika raja mengkat,  maka takhta pemerintahan akan diwarisi oleh anak lelaki raja yang paling sulung  ataupun yang paling tua. Namun jika berlaku keadaan sebaliknya, maka anak lelaki raja yang paling kecil yang akan mewarisi takhta dengan syarat anak itu anak gahara.  Panduan dan syarat pertabalan raja ini telah berjaya mewujudkan masyarakat yang harmoni kerana tiada pertelingkahan yang berlaku antara pembesar dan pengikutnya semasa proses pemilihan pengganti baharu 
Oleh itu jelaslah bahawa undang-undang 99 perak berjaya mengharmonikan masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada abad ke 19

Isi 2
Selain itu,  undang-undang 99 perak berjaya  mengharmonikan masyarakat Melayu di Tanah Melayu melalui fasal pembunuhan 
Fasal 23 menyatakan dengan jelas mengenai pembunuhan sesama orang islam, manakala fasal 4 pula mengenai pembunuhan antara orang kafir dan orang islam. Dalam fasal 23 menjelaskan bahawa pembunuh tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang membunuh itu menjadi kafir dan hukuman yang dikenakan ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham)  dan disedekahkan setahil sepaha emas.  Manakala fasal 4 pula menghuraikan mengenai orang kafir yang membunuh orang islam.  Orang kafir yang membunuh itu tidak boleh dibalas bunuh kerana jika kafir itu dibalas bunuh bimbang  orang kafir tersebut tidak ada peluang memeluk islam. Sebaliknya, pewaris si pembunuh hanya dikehendaki membayar sejumlah wang dalam bentuk emas kepada keluarga si mati. 
Ringkasnya keadilan yang ditonjolkan melalui undang-undang 99 perak  ini telah berjaya menjadi satu asas dalam mengharmonikan masyarakat Melayu pada masa ini. 

Isi 3
Seterusnya, undang-undang 99 perak berjaya mengharmonikan masyarakat Melayu di Tanah Melayu  melalui hukuman yang dikenakan terhadap penzina. 
Hukuman mengenai  kesalahan zina diterangkan dengan terperinci di dlm fasal 50. Fasal ini menjelaskan sekiranya kedua-dua penzina melakukan kesalahan, maka hukuman akan dijatuhkan. Mereka akan diarahkan bernikah dan didenda sepaha emas. Dengan itu, fasal ini menunjukkan kebijaksanaan dan tolak ansur dalam menangani kesalahan zina supaya keluarga kedua-dua belah pihak tidak bertelagah 
Dengan itu,  masyarakat Melayu yang harmoni berjaya dibentuk

Isi 4
Di samping itu,  masyarakat harmoni terbentuk kerana undang-undang 99 perak memperuntukkan peraturan untuk kampung iaitu hal ehwal kampung. 
Fasal 22 menjelaskan perihal bagaimana  hukuman dijatuhkan. Jika penduduk kampung mendakwa penduduk kampung lain melakukan kesalahan ,dari segi perlakuan atau peraturan,  tidak boleh dijatuhkan hukuman .Hal ini demikian kerana pertuduhan kali pertama dimaafkan dan tidak boleh dijatuhkan hukuman. Namun begitu,  jika kesalahan berulang untuk kali kedua barulah hukuman akan dijatuhkan kepada pesalah. Ini bagi mengelakkan tersalah menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Jadi dengan ketelusan yang terkandung di dalam fasal 22 ini dapat mengelakkan penduduk kampung sekitar daripada bersengketa sesama sendiri sehingga berjaya mewujudkan masyarakat harmoni

Isi 5
Akhir sekali,  undang-undang 99 perak berjaya mengharmonikan masyarakat melalui peraturan binatang ternakan. 
Dalam fasal 14 sekiranya binatang dicederakan oleh orang lain,  maka pelaku perlu membayar separuh harga binatang itu kepada tuannya. Namun begitu,  jika binatang itu haram dan mencederakan orang, binatang  itu akan dibuang dan tuannya perlu membayar sepeha emas kepada mangsa dan jika orang itu mati,  mka binatang itu perlu diserahkan kepada waris si mati serta empunya  binatang perlu membayar  denda sebnyak sepaha emas. Hal ini dapat mewujudkan sikap bertanggungjawab antara anggota masyarakat dalam menyelesaikan masalah
Oleh itu, sikap bertanggungjawab ini telah menyebabkan masyarakat Melayu di Tanah Melayu hidup dalam keadaan harmoni kerana segala masalah telah diselesaikan dan tiada dendam yang tersimpan 

Kesimpulan 
Kesimpulannya, undang-undang 99 perak sememangnya telah berjaya melahirkan masyarakat Melayu di Tanah Melayu yang hidup dalam keadaan harmoni.  Nmun begitu,  setelah kedatangan British dan campur tangan British di dalam pentadbiran telah menyebabkan undang-unsang tradisional yang digunakan oleh masyarakat terhapus dan British telah memperkenalkan sistem perundangan Barat di Tanah Melayu 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

STPM : Serekat Islam