STPM : Serekat Islam
Serekat Islam Soalan : Bincangkan peranan Serekat Islam di Indonesia dalam gerakan nasionalisme sehingga tahun 1920-an Pendahuluan Pada tahun 1909, R.M. Trijoadisurjo telah menubuhkan Serekat Dagang Islam. Tujuan asal Serekat Dagang Islam adalah untuk melindungi kepentingan perdagangan batik Islam supaya mereka dapat bersaing dengan pedagan batik Cina Agama islam menjadi alat penyatuan, persefahaman dan persaudaraan dalam kalangan pedagan batuk di Jawa. Pada tahun 1912, nama Serekat Dagang Islam ditukar kepada Serekat Islam dan Omar Said Tjokroaminoto menjadi presidennya. Keanggotaan serekat Islam meningkat daripada 12,000 orang pada tahun 1913 kepada 800,000 orang pada tahun 1916. Serekat Islam memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Indonesia sehingga tahun 1920-an. Peranan ini boleh dilihat dari tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Isi 1 (aspek politik) Mulai tahun 1916, Serekat islam menunjukkan perjuangan politik s...